PENYANYI dan pempengaruh, Cik B meminta semua pihak bertenang dan sabar menunggu perkembangan kes sitaan melibatkan aset mewah milik ibunya, Datuk Vida.
Menerusi hantaran di Instagram pada Selasa, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamileen Mohd Amin, 19, juga menggesa orang ramai agar tidak terlalu bimbang dengan keadaan tersebut.