Elak kenyataan merugikan Kerajaan Perpaduan - Pemuda UMNO WP

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin berkaitan AMK tidak beri laluan BN tanding kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan. Gambar kanan: Nasrun

SHAH ALAM - Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (WP) mengingatkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan mengelakkan naratif yang boleh memecahbelahkan kerjasama politik sedia ada.

Ketua Penerangan Pemudanya, Nasrun Nasaruddin berkata, sebarang kenyataan yang tidak berasaskan fakta hanya akan menimbulkan salah faham dan merugikan gabungan Kerajaan Perpaduan.

Iklan
Iklan

Tegas beliau, perjuangan Pemuda UMNO WP kekal konsisten dengan mengutamakan rakyat, memastikan kestabilan politik dan mengukuhkan gabungan yang telah diamanahkan untuk mentadbir negara.

"Kami tidak akan terjebak dengan politik remeh yang hanya bertujuan mengalih perhatian daripada isu sebenar.

Iklan

AMK Wilayah Persekutuan pada Isnin, berikrar tidak akan memberikan laluan kepada BN untuk bertanding di kerusi Parlimen yang telah dimenangi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Ketua Penerangan AMK Wilayah Persekutuan, Muhammad Azha Salahudin berkata, kerusi yang menangi PH itu akan terus dipertahankan dan ditandingi parti itu untuk PRU16 akan datang.

Iklan

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Nasrun memberitahu, BN dan rakan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan telah membentuk satu persefahaman kukuh, berasaskan prinsip keterangkuman dan saling menghormati.

Ujar beliau, setiap keputusan termasuk pengagihan kerusi akan dibuat secara kolektif melalui perbincangan rasmi, bukan berdasarkan spekulasi atau kenyataan bersifat provokasi.

Tambah beliau, BN kekal komited untuk bertanding di kerusi tradisinya iaitu Putrajaya, Titiwangsa dan Labuan.

"Bagi tambahan dua kerusi lagi, ia bergantung kepada keputusan meja rundingan yang akan diputuskan oleh Presiden UMNO.

"Ini sejajar dengan semangat kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan yang melibatkan gabungan BN-PH," kata beliau.

Menurut Nasrun, keputusan itu juga diambil bagi memberi ruang dan peluang kepada komponen BN khususnya MCA dan MIC untuk terus memainkan peranan penting dalam landskap politik negara.

Kata beliau, BN sentiasa menjunjung prinsip kesaksamaan dan memastikan semua komponen diberikan peluang yang adil dalam perjuangan politik bersama.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda UMNO WP meminta semua pihak termasuk AMK Wilayah Persekutuan memfokuskan perhatian kepada isu rakyat yang lebih mendesak seperti kos sara hidup, perumahan, dan pembangunan di Wilayah Persekutuan.

"Politik matang harus mengutamakan kepentingan rakyat dan bukan memperbesar-besarkan andaian yang belum diputuskan," jelas beliau.