Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam kereta

Iklan
Lokasi mangsa ditemukan meninggal dunia di Kampung Tembila, Besut pada petang Selasa. Mayat mangsa berjaya dikeluarkan pihak bomba dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

BESUT - Mayat seorang lelaki ditemukan dalam sebuah kereta jenis Mercedes E200 di Kampung Tembila, di sini petang Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, kejadian itu disedari setelah pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.15 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sepasukan anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang berkunci itu.

"Pada awalnya pihak bomba menerima panggilan memberitahu terdapat mangsa terperangkap dalam kenderaan, namun, apabila tiba di lokasi kita dapati seorang lelaki dewasa dalam keadaan tidak sedarkan diri berada di tempat duduk pemandu.

Iklan

"Pemeriksaan awal dijalankan mendapati mangsa telah mengalami fasa-fasa pereputan (livor mortis),"katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Beliau berkata, pihak bomba bertindak membuka pintu kenderaan tersebut setelah mendapat kebenaran daripada polis.

Iklan

"Mayat mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," ujarnya.