Pemuda Pas cadang Takiyuddin Setiausaha Agung PN baharu

Iklan
Dari kiri: Takiyuddin, Afnan Hamimi

SHAH ALAM - Pemuda Pas mencadangkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) yang baharu.

Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, pihaknya mahu Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin memperhalusi cadangan tersebut memandangkan Datuk Seri Hamzah Zainudin diberi mandat baharu sebagai Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Iklan
Iklan

Ia kerana menurut Afnan Hamimi, Takiyuddin layak memegang jawatan setiausaha agung PN berdasarkan pengalaman dan senioritinya dalam parti tersebut.

"Lebih-lebih lagi, beliau (Takiyuddin) sebelum ini merupakan Timbalan Setiausaha Agung PN.

Iklan

"Mohon mencadang," katanya ringkas menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Hamzah disahkan menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu bagi penggal 2024-2027 pada pemilihan parti berkenaan baru-baru ini, menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Iklan

Difahamkan, keputusan itu adalah sebahagian daripada rundingan dalaman Bersatu bagi mengelakkan perpecahan.