Bin Zayed bukti Malaysia destinasi pilihan pelabur antarabangsa - TPM

Iklan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengan Pengasas dan Pengerusi Bin Zayed International di Kuala Lumpur pada Selasa.

KUALA LUMPUR – Perasmian pejabat Malaysia konglomerat pelaburan global, Bin Zayed International Group of Companies (BZI) di Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur, Jumaat lalu membuktikan bahawa Malaysia terus menjadi destinasi pilihan pelabur antarabangsa, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, kerajaan juga yakin kepakaran dan inovasi yang dibawa oleh BZI khususnya dalam bidang hartanah, teknologi dan kesihatan mampu membawa potensi pelaburan baharu kepada negara.

Iklan
Iklan

"Saya telah mengadakan pertemuan dengan Sheikh Khaled Zayed Saquer Zayed Al Nahyan, seorang tokoh korporat yang baru sahaja merasmikan Bin Zayed International (M) Berhad di Kuala Lumpur.

"Beliau yang juga merupakan Pengasas dan Pengerusi Bin Zayed International telah membuka sebuah lembaran baharu dalam hubungan strategik antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang dapat menyokong Malaysia dalam menjadi hab perniagaan utama di Asia Tenggara.

Iklan

"Sepanjang perbincangan, saya turut berkongsi pengalaman semasa kunjungan saya ke UAE baru-baru ini dan meneliti peluang pelaburan yang mampu memberi manfaat bersama,” katanya menerusi Facebook.

Ahmad Zahid (dua dari kiri) dan Sheikh Khaled (dua dari kanan) membincangkan mengenai prospek baharu pelaburan Malaysia-UAE di Kuala Lumpur.


Terdahulu pada Jumaat, Pengarah Urusan BZI (M) Bhd, Datuk Seri Dr Shamir Kumar Nandy berkata, BZI telah komited untuk melabur AS$2 bilion di Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.

Iklan

Katanya, kumpulan itu akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.

Beliau bagaimanapun mengesahkan BZI telah menarik diri daripada projek Langkasuka di Langkawi.