'Fokus, jangan dabik dada kelebihan empat gol' - Alto Linus

Iklan
Pemain import Sabah dari Korea Selatan, Kwang Min-ko diasak pemain PT Athletic FC Amri Yahyah (kanan) dalam aksi timbal balik pertama di Cheras sebelum ini.

PEMAIN Sabah FC diingatkan tidak mendabik dada dengan kelebihan empat gol menjelang aksi Pusingan Kedua Piala Malaysia menentang kelab Liga A1 Semi Pro, PT Athletic FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada Rabu.

Pengendali sementara The Rhinos, Alto Linus berkata, situasi berbeza apabila perlawanan timbal balik kedua tidak menampilkan beberapa pemain utama Sabah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemain-pemain tidak boleh mengambil mudah, sebaliknya mereka perlu memberi tumpuan kepada perlawanan berkenaan.

"Jika memandang mudah keupayaan PT Athletic...Mungkin sesuatu boleh berlaku apabila pemain-pemain hilang tumpuan pada perlawanan nanti.

Iklan

"Sudah tiba masanya untuk kita beri peluang beberapa pemain lain yang jarang diturunkan berikutan beberapa pemain mengalami kecederaan,” katanya pada Selasa.

Alto juga tidak menolak kemungkinan melakukan perubahan taktikal bagi memastikan kelab dari Kepulauan Borneo itu melangkah ke pusingan seterusnya.

Iklan

"Kita akan memikirkan perlawanan seterusnya berikutan ini merupakan peluang untuk memberikan motivasi kepada seluruh pasukan Sabah.

"Selepas ini, kita akan menghadapi perlawanan Liga Super sudah tentu semua pemain bersiap sedia sekali gus mengelak mengalami kecederaan pada perlawanan esok,” jelasnya.