TOKYO - Satu gempa bumi dengan magnitud 6.4 telah menggegarkan pesisir barat Ishikawa, Jepun, pada Selasa, lapor Xinhua, memetik agensi cuaca negara.
Gempa berlaku pada jam 10.47 malam waktu tempatan pada kedalaman 10 km, berukuran intensiti lima rendah pada skala intensiti gempa Jepun yang mempunyai skala tujuh di beberapa bahagian wilayah itu, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA).