'Kami bertukar pandangan dalam suasana keluarga yang cukup erat' - Hamzah

Iklan
Hantaran Hamzah yang dimuat naik pada Selasa. Foto Facebook Hamzah Zainudin.

SHAH ALAM - Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin sempat meluangkan masa menghadiri majlis ilmu yang dipimpin Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Ahli Parlimen Larut tersebut berkata, dia menyertai sesi tazkirah oleh Presiden Pas itu sejak minggu lalu bersama rakan-rakan daripada PN sambil bertukar-tukar pandangan demi mengeratkan tali silaturahim.

Iklan
Iklan

"Malam ini juga ramai ahli Parlimen PN hadir. Kami bertukar-tukar pandangan dalam suasana keluarga yang cukup erat.

"Alhamdulillah, ilmu dapat. Silaturahim pun erat," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Iklan

Sebelum ini, timbul isu tentang siapa yang bakal mengetuai PN dan calon Perdana Menteri mewakili parti berkenaan sehinggakan dijadikan polemik.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan, topik itu tidak menjadi keutamaan dalam kalangan pimpinan gabungan tersebut untuk dibincangkan.

Iklan

Katanya, isu berkenaan tidak pernah dibincangkan sama sekali di peringkat Majlis Tertinggi (MT) PN.

Beliau percaya dan bertekad bahawa sekarang adalah masa untuk memperkukuhkan parti dan memperjuangkan nasib membela rakyat.

Terdahulu, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesyorkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon tunggal jawatan Perdana Menteri PN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Bagaimanapun, Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin menegaskan, partinya lebih layak memimpin PN sekali gus menolak cadangan supaya Muhyiddin kekal sebagai calon Perdana Menteri gabungan berkenaan.