Kemajuan signifikan dicapai ke arah perjanjian gencatan senjata di Lubnan - Washington

Iklan
Serangan udara Israel di pinggir bandar selatan Beirut, Lubnan pada Isnin menyebabkan sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh dan 17 orang lain cedera. Foto Xinhua

WASHINGTON - Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Matthew Miller berkata, kemajuan signifikan telah dicapai dalam usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata di Lubnan, lapor agensi berita Qatar (QNA) pada Selasa.

Bercakap dalam satu taklimat media, Miller berkata:"Kami percaya kami hampir mencapai perjanjian. Kami percaya bahawa jurang perbezaan telah berjaya diperkecilkan dengan ketara. Tetapi masih ada langkah-langkah yang perlu diambil.

Iklan
Iklan

"Harap kami akan sampai ke sana dengan satu perjanjian. Kami sedang berusaha sekeras mungkin untuk mendapatkan penyelesaian diplomatik yang membolehkan puluhan ribu orang di Lubnan dan Israel kembali ke rumah mereka.

"Tetapi akhirnya, itu terpulang kepada pihak-pihak yang terlibat, bukan kepada kami," katanya.

Iklan

Mengenai perbincangan nuklear yang akan diadakan oleh Perancis, United Kingdom dan Jerman dengan Iran, Miller berkata,"Kami sedang berkoordinasi rapat dengan rakan-rakan E3 kami mengenai pelaksanaan sepenuhnya kewajiban perlindungan nuklear oleh Iran." - Bernama-QNA

Iklan