Mengenal kawan baharu
Iklan
SAYA suka berkawan. Sejak kecil lagi begitu. Tanyalah budak-budak perempuan anak jiran tetangga keluarga saya dahulu. Mereka akan berkata, ‘Budiman suka berkawan dengan kami.’ Tetapi, jangan tanya budak-budak lelaki. Mereka selalunya ‘bias’.
Di depan saya mereka akan memberitahu orang saya suka berkawan dengan mereka, tetapi di belakang saya, mereka akan berkata, Budiman suka berkawan dengan perempuan. Kemudian mereka ketawa.