KOTA BHARU - Hujan lebat dan ribut sejak Selasa menyebabkan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat dan Bachok.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu hantaran menerusi di laman sosial TNB Careline berkata, kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik dijangka mengambil masa yang panjang kerana banyak pokok tumbang dan menghempap tiang serta talian.