JUARA tujuh kali AC Milan bergelut sebelum berjaya membawa keluar tiga mata dari Tehelne Pole selepas mengatasi cabaran gergasi Liga Super Slovak, Slovan Bratislava, 3-2.
Tuan rumah yang ditubuhkan pada awalnya dengan nama I CSSK Bratislava pada 1919, sebelum dijenamakan semula sebagai Slovan Bratislava tahun 1953 dibimbing Vladimír Weiss terlebih dulu ketinggalan hasil sentuhan bintang Amerika Syarikat, Christian Pulisic minit ke-21.
Iklan
Iklan
Krali Bratislavy itu kemudian menyamakan kedudukan menerusi jaringan minit ke-24 pemain Armenia, Tigran Barseghyan untuk kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan dengan kedudukan 1-1 bagi menamatkan 45 minit separuh masa pertama.
Separuh masa kedua I Rossoneri yang dibimbing Paulo Fonseca kembali memimpin perlawanan menerusi gol pemain gantian Rafael Leao minit ke-68 bagi melebarkan pendahuluan.
Bratislava tidak menunggu lama untuk mengikat semula perlawanan menerusi jaringan pemain gantian Nino Marcelli minit ke-88 sebelum bekas bintang Chelsea, Tammy Abraham yang menyertai AS Roma sebelum dipinjamkan ke AC Milan, menoktahkan kebangkitan pasukan tuan rumah.