Tiga beranak maut kemalangan: Penjual sayur direman hingga esok

Iklan
Suspek (tengah) diiringi polis ketika berada di pekarangan Mahkamah Majistret Besut.

JERTIH - Polis telah mendapat kebenaran bagi menahan reman seorang penjual sayur hingga esok bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut yang mengorbankan nyawa tiga beranak di Setiu, dua hari lepas.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 24 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurliyana Md Zukri di Mahkamah Majistret Besut, di sini.