COLOMBO - Lebih 82,000 orang terjejas manakala seorang maut akibat keadaan cuaca buruk di Sri Lanka, kata seorang pegawai pada Rabu, lapor Xinhua.
Penolong Pengarah Pusat Pengurusan Bencana (DMC) Janaka Handunpathiraja dalam mesej pesanan suara kepada media berkata seramai 82,796 individu daripada 24,159 keluarga di 15 daerah pentadbiran telah terjejas.