Antara rumah penduduk yang ditenggelami banjir ekoran hujan lebat semasa tinjauan di Kampung Matang, Kuala Berang, hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan sehingga pukul 2 petang ini, sebanyak 1,383 mangsa daripada 378 keluarga ditempatkan di 35 Pusat Pemindahan Sementara (PPS), melibatkan empat daerah iaitu Besut, Hulu Terengganu, Marang dan Setiu. Foto Bernama