Sebulan gabungan Prabowo-Gibran: Cabaran atasi isu kritikal Indonesia
Iklan
SELEPAS dua kali percubaan, Prabowo Subianto Djojohadikusumo akhirnya dilantik secara rasmi sebagai Presiden Indonesia kelapan pada 20 Oktober lalu selepas memenangi pemilihan umum (Pemilu).
Bergandingan dengan Gibran Rakabuming Raka selaku Naib Presiden, pemerintahan Prabowo yang melebihi usia sebulan menjadi sorotan bukan sahaja rakyat Indonesia tetapi juga komuniti antarabangsa.