Redah banjir dua meter bawa jenazah ke tanah perkuburan

Iklan
Angkatan APM Kuala Krai terpaksa meredah banjir sedalam dua meter sejauh satu kilometer untuk membawa jenazah dari Taman Sri Nal ke Tanah Perkuburan Islam Mukim Batu Jong, Kuala Krai pada Rabu. Foto APM

KUALA KRAI - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Krai terpaksa meredah banjir sedalam dua meter sejauh satu kilometer untuk membawa jenazah dari Taman Sri Nal ke Tanah Perkuburan Islam Mukim Batu Jong di sini, pada Rabu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Krai, Kapten (PA) Abd Fatah Abd Aziz berkata, jarak rumah berkenaan ke tanah perkuburan kira-kira lima kilometer.

Iklan
Iklan
APM Kuala Krai terpaksa menggunakan bot untuk me bawa jenazah tersebut.

"Kami terpaksa menggunakan bot kemudian berjalan kaki dalam keadaan hujan lebat untuk urusan pengebumian tersebut.

"Alhamdulillah urusan itu hanya mengambil masa selama15 minit sahaja dan ia melibatkan seramai 10 anggota," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan
Urusan pengebumian hanya mengambil masa selama 15 minit sahaja dan ia melibatkan seramai 10 anggota APM. Foto APM

Menurut beliau, arwah Faizah Ismail, 78, meninggal dunia akibat sakit tua dan angin ahmar.

Iklan