KPKT tuntut pembangkang mohon maaf tuduh Kor Ming tidak jawab isu

Iklan
KPKT menuntut pembangkang untuk meminta maaf kerana menuduh Menterinya, Nga Kor Ming tidak menjawab isu-isu rakyat yang dibangkitkan di Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menuntut pembangkang untuk meminta maaf kerana menuduh Menterinya, Nga Kor Ming tidak menjawab isu-isu rakyat yang dibangkitkan di Dewan Rakyat.

KPKT dalam kenyataan hari ini berkata, dakwaan yang dilemparkan pembangkang itu mengelirukan rakyat selain tidak tepat, tidak berasas dan berniat jahat.

Iklan
Iklan

"Pelbagai pencapaian KPKT yang dimasukkan dalam pernyataan awal adalah rangkuman jawapan secara menyeluruh kepada isu-isu yang dibangkitkan.

"Ia mencerminkan tindakan yang diambil oleh KPKT dalam menyelesaikan isu-isu rakyat dan turut menjawab pelbagai persoalan ahli-ahli parlimen secara tidak langsung,” menurut kenyataan itu.

Iklan

KPKT berkata, jawapan secara bertulis adalah lebih fokus dan terperinci untuk menjawab isu-isu tempatan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen.

KPKT sentiasa komited dan berdedikasi dalam meningkatkan taraf hidup rakyat serta memastikan kesejahteraan rakyat.

Iklan

Semalam, ketika sesi penggulungan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 (Belanjawan 2025) bagi KPKT di Dewan Rakyat, Nga memaklumkan isu yang dibangkitkan akan dijawab secara bertulis kerana bidang kuasa KPKT meluas, namun masa yang diberi pada sesi itu hanya 25 minit.

Susulan itu, dalam sidang media di Parlimen kemudiannya beberapa Ahli Parlimen pembangkang menyuarakan rasa tidak puas hati dan mendakwa Nga tidak menjawab soalan yang dibangkitkan mereka dan memberi penerangan yang tidak berkaitan. - Bernama