PM akan umum projek rumah mampu milik libatkan pelaburan besar - KPKT

Iklan
Nga Kor Ming

KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengumumkan satu projek pembinaan rumah mampu milik melibatkan pelaburan bernilai RM13 bilion, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Beliau berkata, pengumuman itu akan dibuat Perdana Menteri bulan depan, dan ia merupakan pelaburan paling besar dalam sejarah negara bagi projek berkenaan.

Iklan
Iklan

"Ini merupakan satu jumlah yang besar dan menunjukkan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam usaha memastikan semua rakyat mampu memiliki rumah, termasuklah penjawat awam. Sudah pasti penjawat awam juga tidak akan ketinggalan.

"Mereka (penjawat awam) juga akan diberikan ruang serta peluang, bagi yang memerlukan rumah mampu milik," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan rasmi dan meninjau Projek Menaik taraf Pasar Siti Khadijah, di sini pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, perincian berhubung projek itu akan dimaklumkan oleh Anwar.

Semalam media melaporkan 688,663 daripada 1.3 juta penjawat awam yang masih berkhidmat belum memiliki rumah dengan majoritinya dalam kalangan kumpulan pelaksana. -Bernama

Iklan