SEOUL - Rumah mewah milik penyanyi K-pop lagu popular 'Gangnam Style', Psy telah disita pihak berkuasa tempatan buat sementara waktu selepas beliau gagal membayar denda yang dikenakan pejabat daerah.
Menurut laporan Biz Hankook, rumah bintang pop Korea Selatan berusia 46 tahun terletak di Yongsan-gu telah dilaporkan ke pejabat daerah selepas melakukan pengubahsuaian secara haram.
Iklan
Iklan
Rumah tersebut merupakan pangsapuri mewah yang terletak di penempatan golongan kaya-raya di daerah Hannam-dong di mana keluarga Psy tinggal di situ.
Sebelum ini, pejabat daerah memberi amaran kepada Psy atau nama sebenarnya Park Jae-sang untuk membatalkan pengubahsuaian yang dibuat pada rumah berkenaan atau membayar denda, namun dia didapati mengingkari arahan tersebut selama lebih setahun.
Akhirnya penyanyi itu membayar denda pada Oktober lalu dan rumah itu dibebaskan daripada disita kerajaan.
Agensi P Nation berkata, pengubahsuaian itu dilakukan oleh syarikat pembinaan dan Psy tidak 'menyedarinya' sehingga dimaklumkan oleh pejabat daerah.
Tambahnya, Psy dan pemilik rumah lain di kompleks itu turut bekerjasama dengan pejabat Yongsan-gu untuk menghalang pengubahsuaian haram berkenaan. - Agensi