Kedai runcit sorok minyak masak peket diserbu

Iklan
Pegawai KPDN Perak mengambil tindakan terhadap sebuah premis di Sitiawan selepas didapati menyorok dan menjual minyak masak peket 1kg kepada pelanggan tertentu. Foto ihsan KPDN Perak

LUMUT - Padah menyorok minyak masak subsidi untuk dijual kepada pelanggan tertentu, sebuah kedai runcit di Sitiawan di sini, dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak pada Rabu.

Serbuan dijalankan pasukan penguat kuasa KPDN Cawangan Manjung sekitar jam 11 pagi selepas menerima aduan orang awam.

Iklan
Iklan

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, aduan diterima memaklumkan premis berkenaan dipercayai hanya menjual minyak masak peket satu kilogram (kg) kepada peniaga restoran berhampiran.

Pegawai penguat kuasa KPDN Perak Cawangan Manjung menjalankan pemeriksaan disebuah kedai runcit di Sitiawan pada Rabu. Foto ihsan KPDN Perak

"Bagi mengesahkan maklumat tersebut, satu tindakan operasi penyamaran melalui Op Samar telah dilakukan dengan membuat uji beli barangan tersebut.

Iklan

"Curiga dengan kenyataan tersebut, satu pemeriksaan dilakukan oleh anggota Penguat Kuasa beruniform dan berjaya menemui 82 peket minyak masak satu kg di stor premis berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut beliau, tindakan telah diambil dengan menyita kesemua minyak masak tersebut dengan anggaran nilai RM205.

Iklan

Jelas Kamalludin, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.