Kematian pelatih Palapes: UiTM teliti semula, perkukuh prosedur latihan pasukan seragam

Iklan
UiTM memandang serius mengenai kejadian itu dan menyerahkan kepada PDRM dan Lembaga Siasatan di bawah ATM untuk menjalankan siasatan. Foto hiasan

SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan membuat penelitian semula dan memperkukuh prosedur berkaitan latihan pasukan seragam susulan kematian penuntutnya pada 13 November lalu didakwa akibat menjadi mangsa dera.

UiTM menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya memandang serius mengenai kejadian itu dan menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Siasatan di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menjalankan siasatan.

Iklan
Iklan

"Pihak UiTM akan memberi kerjasama sepenuhnya berhubung insiden ini, dan UiTM komited dalam memastikan keselamatan dan kebajikan setiap penuntutnya sentiasa diutamakan.

"Sehubungan itu, pihak universiti juga sudah mengambil langkah proaktif untuk meneliti semula dan memperkukuh prosedur berkaitan latihan dan mekanisme pemantauan berkaitan aktiviti badan beruniform )," ujar kenyataan itu pada Rabu.

Iklan
Kenyataan UiTM.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) universiti itu meninggal dunia pada 13 November lalu selepas didakwa menjalani sesi latihan jerih dan tidak berjadual.

Bapa pelatih terbabit pula mendakwa kejadian itu membabitkan penderaan secara fizikal.

Iklan

Dalam laporan kepada polis, bapa mangsa dilaporkan berkata, anaknya mengalami pelbagai penderaan termasuk dipijak dada serta dipaksa melakukan pelbagai aksi termasuk seperti kuda dan ditunggang oleh jurulatihnya.

Berikutan laporan itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dilaporkan akan mendapatkan laporan penuh daripada universiti sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

Mengulas lanjut, UiTM turut memaklumkan, pihak pengurusan universiti berasa amat sedih atas kejadian berkenaan dan memberi jaminan penuh untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan terhadap kes itu.

"UiTM amat berdukacita dan mengucapkan takziah serta simpati yang mendalam kepada keluarga pelajar terbabit," tambah kenyataan.