Lebih 21,000 mangsa banjir di enam negeri, Kelantan tertinggi

Iklan
Pegawai Memerintah Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18RAMD) (Para) Kem Sri Pantai, Leftenan Kolonel Mohd Ashafiq Abd Aziz (tiga, kanan) bersama anggotanya membantu memindahkan kanak-kanak yang terperangkap dalam kediaman mereka menerusi Ops Murni di Kampung Tengkawang, hari ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Seramai 21,667 mangsa banjir membabitkan 6,526 keluarga direkodkan di enam negeri setakat jam 7 petang Rabu selepas episod hujan lebat tanpa henti bermula.

Menerusi portal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 208 pusat penempatan sementara (PPS) telah dibuka di Kelantan, Terengganu, Johor, Perak, Perlis dan Sarawak.

Iklan
Iklan

Kelantan merekodkan negeri terburuk dilanda bencana itu apabila 19,162 mangsa daripada 5,690 keluarga berlindung di 120 PPS.

Ia membabitkan daerah Kota Bharu, Tumpat, Rantau Panjang, Pasir Mas, Bachok, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang dan Kuala Krai.

Iklan

Terengganu pula, enam daerah dilanda banjir iaitu Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kemaman, Dungun dan Marang memaksa 82 PPS dibuka memberi perlindungan kepada 2,402 mangsa dari 809 keluarga.

Di Perlis pula terdapat 37 mangsa banjir dengan dua PPS dibuka di Mata Ayer dan Changlun.

Iklan

Sementara, Johor, Perak dan Sarawak pula masing-masing satu PPS dibuka.

Seramai 28 mangsa banjir direkodkan di Johor, 20 di Perak, dan 18 di Sarawak.

Sebagai langkah berjaga-jaga satu PPS turut dibuka di Kubang Pasu (Kedah) dan Padang Besar (Perlis) meskipun tiada mangsa banjir dilaporkan di kawasan berkenaan.

Berdasarkan taburan pecahan, mangsa banjir terdiri daripada 14,762 dewasa, 1,655 warga emas, 6,905 kanak-kanak dan bayi serta 699 orang kurang upaya (OKU).