TAPAH - Seramai 74 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina dan Myanmar yang ditempatkan di Depot Imigresen Langkap dekat sini dihantar pulang ke negara asal pada Rabu.
Pengarah Imigresen Negeri Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, kesemua PATI berusia dalam enam hingga 54 tahun itu dihantar pulang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang di Selangor.
"Aktiviti pemindahan kali ini melibatkan 53 lelaki, 18 wanita dan tiga kanak-kanak.
"Pemindahan PATI ke negara asal dilakukan setelah kesemuanya selesai menjalani hukuman denda dan penjara mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan
Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurut beliau, kesemua mereka juga telah disenaraihitamkan bagi mencegah mereka dari memasuki semula ke negara ini.