'YB Hannah Yeoh nampak comel'- Netizen

Iklan
Hannah Yeoh

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjadi tumpuan warga maya apabila tampil cantik ketika persidangan di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau tampak lebih muda dan anggun dengan mengenakan kaca mata serta menggayakan rambut ala-ala aktres Korea Selatan, Song Hye Kyo.

Iklan
Iklan

Ia dilihat agak berbeza dengan penampilan sebelum ini kerana kebiasaannya beliau sekadar menyelitkan rambut di telinga.

"Comel yang berhormat (YB) dengan cermin mata baharu,” kata pengguna TikTok @MojaMoya.

Iklan

Bukan itu sahaja, Hannah yang turut mengenakan persalinan berwarna biru cair turut dipuji netizen kerana kelihatan berseri-seri.

"Semakin ‘glowing’ semacam,” kata pengguna TikTok @Stidipompipi.

Iklan

Malah, penampilan baharu Hannah juga menyebabkan netizen mendakwa hampir tidak mengenali beliau.

"Hampir tidak cam (kenal) Hannah,” kata pengguna X @alyplee.