Harga tiket Terbuka Malaysia 2025 kekal seperti edisi lalu

Iklan
IMBAS KEMBALI…Pemain perseorangan lelaki Denmark, Anders Antonsen meneruskan penguasaan Eropah apabila menumpaskan jaguh China, Shi Yu Qi dalam perlawanan akhir Terbuka Malaysia 2024. Foto: Agensi

SAINGAN badminton Terbuka Malaysia 2025 kembali menyingkap tirai di Arena Axiata dari 7 hingga 12 Januari tahun depan.

Kejuaraan berstatus Super 1000 berkenaan juga merupakan acara pembuka gelanggang Siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Iklan
Iklan

Jagoan terkemuka dunia termasuk pemain terbaik negara dijangka berkampung di Kuala Lumpur bersaing merebut kejuaraan berkenaan.

Terbuka Malaysia menjanjikan persaingan bertaraf dunia kerana pemain menyasarkan untuk memulakan kempen musim baharu dengan kemenangan.

Iklan

Sehubungan itu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan membuka jualan secara dalam talian di http://t2u.asia/e/39413 bermula 9 pagi esok, bagi membarakan lagi semangat kejohanan itu.

"BAM dengan sukacitanya mengumumkan bahawa harga tiket kekal sama seperti edisi tahun lalu.

Iklan

"Selain itu, kategori tiket baharu, Platinum B, diperkenalkan, menawarkan lebih banyak pilihan tempat duduk kepada peminat sukan ini.

"Mereka yang ingin merasai keseluruhan kejuaraan boleh membeli tiket musim, dengan harga antara RM282 hingga RM2,000, bergantung kategori,” kata badan induk badminton negara itu pada Rabu.

Pada masa sama BAM menggalakkan peminat mendapatkan tiket masing-masing lebih awal bagi mengelak kekecewaan, terutamanya dengan promosi early bird berlangsung sehingga 23 Disember.

"Kami menggalakkan peminat badminton yang ingin menonton perlawanan secara langsung di stadium untuk menyambung ke laman web tiket dan mendapatkan tiket mereka secepat mungkin.

"Dalam edisi sebelum ini, kategori popular telah diambil dengan pantas selepas jualan bermula,” kata Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh Chee Keong.