Banjir makin buruk di Kelantan, 11 pencawang dihentikan bekalan elektrik

Iklan
Keadaan Sungai Kelantan berhampiran Tambatan Diraja yang mula melepasi paras bahaya ketika tinjauan Bernama di sini pada Rabu. Foto Bernama

KOTA BHARU - Sebanyak 11 pencawang elektrik dihentikan bekalan elektrik setakat malam ini ekoran keadaan banjir yang semakin membimbangkan di sekitar Kota Bharu, Machang dan Tanah Merah.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi kenyataan dalam laman Facebook rasminya pada malam ini memaklumkan, bekalan elektrik berkenaan ditutup demi keselamatan pengguna setempat.

Iklan
Iklan

"Antara kawasan yang dihentikan bekalan elektrik di daerah Kota Bharu ialah G-Orange, Sekolah Kebangsaan Kadok dan Taman Sri Kulim manakala daerah Pasir Puteh pula ia melibatkan DPS 9-12, BELB Sungai Gali, Kilang Bata Tasek Pauh dan Yik Tualang Tinggi.

"Berikutan itu, bagi daerah Tanah Merah ia melibatkan Manal 1 & 2, Manal Baru, Kilang Kayu Manal. Selain itu, di daerah Machang melibatkan kawasan Kampung Tandak, Machang Indah, Limau Hantu, Taman Sri Kelaweh, Taman Setia Kasih, LPT Tok Coba dan Wakaf Indah,” menurut kenyataan itu.

Iklan

TNB turut memaklumkan jila banjir semakin bertambah buruk, berisiko serta membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang terlibat, bagi memastikan keselamatan pengguna setempat.

"Sentiasa berwaspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir. Masyarakat juga diminta menjauhi pepasangan elektrik yang terendam air banjir kerana dikhuatiri berlakunya kebocoran arus,” menurut TNB. - Bernama

Iklan