'Hobi' aneh pecah masuk lebih 1,000 rumah

Iklan
Suspek berusia 37 tahun itu ditahan pada Isnin lalu. - Foto Agensi

TOKYO - Tindakan individu ini untuk melegakan tekanan sememangnya pelik.

Iklan
Iklan

Polis Jepun pada Rabu mengesahkan penahanan seorang lelaki yang didakwa memecah masuk lebih 1,000 rumah untuk menghilangkan tekanan.

"Suspek berusia 37 tahun itu diberkas pada Isnin lalu setelah dipercayai menceroboh kediaman di Dazaifu di selatan Tokyo," kata jurucakap polis.

Iklan

Sementara itu, akhbar Mainichi Shimbun melaporkan lelaki itu mengakui memecah masuk rumah orang sebagai 'hobi'.

"Saya berasa teruja apabila tapak tangan saya berpeluh dan perasaan takut jika disedari tuan rumah atau tidak.

Iklan

"Ia benar-benar cara untuk saya melegakan sedikit tekanan," menurut laporan tersebut lagi memetik kenyataan pelaku. - Agensi