Ibu, anak berusia empat tahun maut dibunuh guna parang

Iklan
Lokasi kejadian pembunuhan. - Agensi

JAKARTA - Gara-gara cemburu, seorang ibu dan anaknya berusia empat tahun maut akibat dibunuh oleh teman lelaki wanita itu.

Mayat ibu tunggal berusia 29 tahun itu dan anaknya ditemui di atas tilam di bilik tidur rumah mereka yang terletak di Kampung Tariang Baru, Kecamatan Tabukan Tengah.

Iklan
Iklan

Media tempatan melaporkan, suspek dikenali Mohammad Fikran Makadolang, 23, melarikan diri menggunakan kapal laut ke Kota Bitung selepas kejadian itu.

Suspek berjaya ditangkap. - Agensi

Bagaimanapun kurang dari 24 jam pasukan polis Sangihe berjaya menangkapnya.

Iklan

Menurut Ketua Polis Daerah Sangihe, AKBP Abdul Kholik pasangan itu dipercayai menjalin cinta sejak 2022 tetapi akhir-akhir ini sering berlaku perselisihan faham antara mereka.

"Suspek cuba merampas telefon milik mangsa untuk menyiasat siapa lelaki yang di WhatsAppnya, namun tidak diberikan mangsa.

Iklan

"Tidak lama kemudian suspek menyelinap masuk ke rumah mangsa melalui tingkap lantas membunuh mangsa dan anaknya menggunakan parang," katanya kepada wartawan pada Ahad lalu.

Polis menunjukkan bahan bukti pada sidang media baru-baru ini. - Agensi

Jelasnya, bahan bukti berupa sebilah parang, telefon bimbit hingga pakaian suspek semasa kejadian akan digunakan untuk tujuan perbicaraan di mahkamah nanti.

Suspek kini berhadapan hukuman penjara seumur hidup atau tempoh yang ditentukan oleh mahkamah, atau maksimum 20 tahun penjara. -Agensi