Israel lebih takut Hizbullah berbanding Palestin
Iklan
SHAH ALAM - Kelebihan pejuang Hizbullah yang disokong kuasa besar Iran selain memiliki kemampuan ketenteraan termasuk roket jarak jauh menjadikannya ancaman langsung kepada Israel.
Ketua Pusat Pengajian Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, faktor tersebut menjadi sebab mengapa Israel lebih bersedia menerima perjanjian gencatan senjata dengan Lubnan berbanding Palestin.