DUNGUN - Seorang lelaki warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kematian seorang buruh semalam, kata Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah.
Beliau berkata, perintah reman terhadap lelaki berusia 29 tahun itu dikeluarkan Majistret Hazwanie Husain Bustari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.