Tahap kesedaran masyarakat mengenai pentingnya mengamalkan pengasingan sisa pepejal dan melakukan aktiviti kitar semula perlu dipertingkatkan melalui programprogram yang berimpak melalui sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan (HKSK) yang diadakan pada setiap tahun.
Ini termasuklah memperkasakan 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) menerusi HKSK bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran amalan kitar semula sekali gus mampu dimanfaatkan sebagai pendapatan hasil daripada penggunaan sumber ini.
Pada tahun ini, sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2024 (HKSK 2024) yang ke - 10 bertemakan Pemangkin Ekonomi Kitaran yang dikendalikan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) akan diadakan pada 28 November 2024 bertempat di The Everly Putrajaya.
Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Khalid Mohamed berkata, HKSK 2024 mengajak seluruh rakyat Malaysia bersama-sama membudayakan kebersihan persekitaran dan amalan 3R kerana ia adalah langkah penting dalam memastikan sumber semula jadi dapat dijaga dengan sebaik-baiknya, selain mengurangkan sisa yang mencemarkan alam sekitar.
Menurutnya, 11 November pada setiap tahun telah dipilih sebagai tarikh rasmi sambutan HKSK bertujuan menyeru masyarakat untuk bersama-sama melaksanakan amalan 3R dan memelihara alam sekitar sebagai budaya sepanjang hayat.

KHALID