Sistem pajakan helikopter lebih telus, elak beban kewangan negara - PM

Iklan
Anwar ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan menggunakan sistem pajakan dalam perolehan helikopter untuk kegunaan agensi kerajaan dan pasukan keselamatan kerana kaedah itu lebih telus, dan bagi mengelakkan beban kewangan kepada negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kaedah itu membolehkan kerajaan membuat penjimatan dari segi keperluan penyelenggaraan dan kerosakan yang menjadi masalah besar ketika ini.

Iklan
Iklan

"Walaupun kalau kita beli lebih murah, tetapi akhirnya kita lihat keperluan penyelenggaraan pesawat itu lebih mahal daripada (harga) pesawat pada peringkat awal," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) mengenai kontrak sewaan helikopter untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dilaksanakan secara pajakan.

Iklan

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ini dilaporkan berkata 28 helikopter akan disewa kerajaan menerusi kontrak bernilai RM16 bilion bagi tempoh 15 tahun untuk beberapa agensi termasuk ATM.

Anwar berkata, Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni telah memberi jaminan akan memberi kerjasama penuh dalam memenuhi kontrak pajakan helikopter Leonardo itu memandangkan negara berkenaan mempunyai 30 peratus saham dalam syarikat tersebut.

Iklan

Beliau berkata, perkara itu dinyatakan Meloni dalam pertemuan semasa Sidang Kemuncak G20 di Rio De Janeiro, Brazil baru-baru ini.

"Di bawah konsep pajakan itu, syarikat pengeluar perlu memastikan tahap ketersediaan dan kesiagaan helikopter yang dibekalkan pada tahap 85 peratus," katanya. - Bernama