MPS pertingkat aspek pembangunan terancang di Selayang

Iklan
Sesi taklimat oleh MPS kepada peserta.

SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang menekankan aspek pembangunan terancang menerusi sesi taklimat tatacara kelulusan permohonan dan pematuhan perundangan pada Selasa.

MPS memaklumkan, lebih 300 peserta terdiri daripada pemilik tanah, penghulu dan ketua kampung hadir pada program berlangsung di Dewan Bizmilla @ Gamuda Garden, Rawang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, peserta diberikan pendedahan dan penerangan keperluan aspek pembangunan semasa di kawasan MPS.

"Pengisian taklimat daripada MPS telah disampaikan oleh penceramah menerusi Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Bangunan, dan satu taklimat daripada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Gombak.

Iklan

"Selain mengetahui mengenai keperluan mematuhi proses kelulusan pembangunan, peserta boleh memahami lebih terperinci berkaitan proses-proses permohonan, pelaksanaan akta-akta yang berkaitan dan dasar kawalan pembangunan diguna pakai di peringkat MPS," katanya menerusi kenyataan.

Katanya, taklimat tersebut secara langsung membolehkan pemilik tanah, penghulu dan ketua kampung bertindak sebagai rujukan kepada penduduk berkenaan hal-hal berkaitan pembangunan terancang.

Iklan

Ujarnya, peserta turut diberi peluang untuk mengajukan soalan berkaitan pembangunan kawasan pada sesi soal jawab bersama Timbalan Yang Dipertua MPS, Adi Faizal Ahmad Tarmizi serta wakil jabatan MPS dan PDT Gombak.

"MPS berharap menerusi program ini kemajuan kawasan di perbandaran Selayang dapat dijalankan secara teratur, berdaya huni, berdaya tahan dan mampan.

"Ia sekali gus menyokong matlamat pembangunan mampan (SDG) serta memastikan kelestarian penduduk setempat," katanya.