Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Disember - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid ketika mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Bilik Mesyuarat BN, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, malam tadi. Foto Facebook Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR - Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Disember ini, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu dibincangkan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Bilik Mesyuarat BN, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, malam tadi.

Iklan
Iklan

"Semoga perbincangan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat ini dapat terus memperkukuh perjuangan sebuah pasukan Barisan Nasional. Insya-ALLAH. Barisan Nasional, Pendukung Aspirasi Rakyat,” katanya melalui hantaran di Facebook miliknya.

Ahmad Zahid turut memaklumkan bahawa mesyuarat itu membincangkan isu-isu semasa yang berkait rapat dengan kepentingan dan kebajikan rakyat.

Iklan

Gabungan BN terdiri daripada UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

BN ditubuhkan pada 1 Jun 1974 oleh Tun Abdul Razak Hussein, yang ketika itu menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Iklan

Gabungan politik ini dibentuk untuk menggantikan Parti Perikatan, dengan tujuan memperkukuh perpaduan antara pelbagai parti politik di Malaysia. - Bernama