RANTAU PANJANG - Operasi di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang di sini berjalan seperti biasa walaupun premis itu ditenggelami banjir sedalam 0.6 meter sejak awal pagi Khamis.
Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin semasa dihubungi pemberita.
Iklan
Iklan
"Anggota pasukan masih lagi menjalankan tugas menyelamat mangsa banjir di kawasan Rantau Panjang walaupun balai dinaiki air," katanya.
Menurut beliau, situasi itu tidak menggugat semangat anggota untuk berkhidmat.
Katanya, BBP Rantau Panjang masih menjalankan fungsi sebagai Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) untuk banjir.
"Ketika ini paras air di dalam balai 0.6 meter.
"Operasi memindahkan mangsa banjir masih berjalan seperti biasa," katanya.