Sungai Kelantan Tambatan D’Raja

Iklan

Paras air Sungai Kelantan di Tambatan D’Raja di Kota Bharu, semakin meningkat susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lepas, sekali gus menenggelamkan keseluruhan kawasan daratan di tambatan yang menjadi tarikan pelancongan di negeri berkenaan.

Tinjauan Bernama pagi tadi, mendapati paras air sungai berkenaan semakin hampir dengan daratan di pusat bandar Kota Bharu.

Iklan
Iklan

Selain itu arus sungai juga deras dan hampir menghanyutkan Pejabat Unit Marin APM Kelantan yang ditambat di tebing sungai berkenaan. Foto Bernama