Mayat remaja lemas di Pulau Giam ditemui

Iklan
Mayat mangsa ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi dilaporkan hilang di Pantai Teluk Nipah semalam. (Gambar kecil:Muhammad Nazrul Helmi Nazri)

LUMUT - Mayat remaja lelaki yang hilang selepas dihanyutkan air pasang di Pulau Giam, Pantai Teluk Nipah di sini semalam ditemui pada jam 12.14 tengah hari tadi.

Mangsa, Muhammad Nazrul Helmi Nazri, 17, ditemui sepasukan 'beach boy' yang turut membantu operasi mencari dan menyelamat bersama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) sejak jam 8.30 pagi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, mayat mangsa ditemukan pada jarak kira-kira 100 meter dari lokasi dilaporkan hilang.

"Mangsa telah ditemui dan disahkan meninggal dunia. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Iklan

Dalam kejadian sekitar jam 3.49 petang semalam, mangsa dari Penaga, Pulau Pinang bersama dua rakannya melakukan aktiviti air dengan menyeberangi laluan pantai yang sedang surut.

Bagaimanapun, semasa dalam perjalanan pulang ke Teluk Nipah, berlaku air pasang menyebabkan ketiga-tiga mereka hanyut.

Iklan

Dua rakannya sempat diselamatkan bot pelancong yang kebetulan berada di lokasi itu sementara mangsa telah dihanyutkan.