Sungai Golok, Sungai Kelantan naik mendadak serentak

Iklan
Paras air Sungai Golok dan Sungai Kelantan ketika ini naik mendadak serentak. (Gambar kecil: Ab Pattah)

KOTA BHARU - Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Ab Pattah Hasbullah meluahkan kerisauan dengan situasi banjir ketika ini apabila paras air Sungai Golok dan Sungai Kelantan naik mendadak serentak.

"Tapi keadaan masih terkawal jika dibandingkan dengan bah kuning pada 2014.

Iklan
Iklan

"Ini kerana di Gua Musang masih belum hujan lebat. Ada hujan tapi keadaan macam ini kita anggap masih biasa. Walau bagaimanapun kena beringat juga," katanya semasa sidang akhbar di Bilik Gerakan Bencana Kota Darulnaim di sini pada Khamis.

Menurut beliau, melihat kepada petanda, keadaan banjir ketika ini masih jauh untuk menyerupai apa yang berlaku pada 2014.

Iklan

Ujarnya, dulu bah kuning berlaku kerana hujan lebat di hulu di Gunung Gagau.

Ab Pattah memberitahu, situasi sekarang keadaan di Sungai Nenggiri masih di tahap normal.

Iklan

"Kita sendiri sudah bincang dengan MetMalaysia (Jabatan Meteorologi Malaysia) dan ini baru fasa pertama dan akan ada fasa kedua serta ketiga.

"Ini belum lagi dikategorikan MTL (Monsun Timur Laut) ada beberapa peringkat lagi," katanya.