Mindef rancang penubuhan pusat trauma, yakinkan JPA tambah perjawatan di HAT

Iklan
Adly Zahari

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (Mindef) merancang penubuhan pusat trauma di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan sebagai usaha meningkatkan ruang perjawatan baharu yang boleh diisi pakar atau sub kepakaran dan pakar perubatan angkatan tentera.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, cadangan tersebut merupakan antara pelan tindakan dalam usaha meyakinkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk meningkatkan jumlah perjawatan di HAT seluruh negara.

Iklan
Iklan

"Mindef juga sedang menilai untuk memperkasakan lagi penggunaan teknologi di HAT Tuanku Mizan, terutama dalam perkhidmatan pembedahan robotik.

"Dalam masa sama kita membuat penilaian supaya (kaedah) pembedahan robotik dapat dipertingkatkan, supaya dapat memberi keyakinan terhadap perkhidmatan awam dengan penggunaan teknologi dan kesannya selain membantu KKM," katanya ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.

Iklan

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) mengenai langkah Mindef menyakinkan JPA bagi memberikan peruntukan tambahan, terutama doktor pakar di HAT.

Sementara itu menjawab kepada soalan asal, Adly menjelaskan, Mindef sentiasa berusaha menambah bilangan pegawai perubatan pakar atau sub kepakaran dan pegawai perubatan angkatan tentera dengan mereka akan dilatih dalam bidang kepakaran diperlukan.

Iklan

Menurutnya, ia bagi memastikan Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera (PKAT) yang diberikan adalah terbaik, selain menjelaskan pertambahan perjawatan pakar dalam PKAT adalah bergantung kepada kekosongan perjawatan sedia ada.

"Walau bagaimanapun, penambahan perjawatan pakar di dalam PKAT bergantung kepada kekosongan perjawatan sedia ada dan tertakluk kepada kelulusan pihak JPA untuk mewujudkan perjawatan tambahan baharu untuk menampung keperluan sumber manusia, sejajar dengan peningkatan pesakit dan keperluan perawatan.

"Dalam hal ini, Mindef amat berharap cabaran ini dapat diatasi sebaik mungkin demi memastikan perkhidmatan kesihatan ATM sentiasa berada pada tahap terbaik dan setara perkhidmatan kesihatan disediakan KKM serta sektor perubatan swasta," ujarnya.