Banjir semakin buruk, Ustazah Asma’ kongsi lima doa untuk diamalkan

Iklan
BANYAKKAN berdoa untuk pasukan penyelamat dan mangsa banjir yang terkesan.

KEADAAN banjir di seluruh negara terutamanya di Pantai Timur semakin memburuk dan ketika artikel ini ditulis, lebih 30,000 mangsa banjir di Kelantan dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri itu.

Banjir di Kelantan dan negeri-negeri lain seperti Terengganu, Pahang, Kedah, Perlis serta Perak itu berlaku ekoran hujan lebat berterusan sehingga berlaku peningkatan paras air di beberapa kawasan terlibat.

Iklan
Iklan

Melihat kepada situasi yang semakin teruk itu, pendakwah Ustazah Asma’ Harun tampil berkongsi lima doa berkaitan dengan hujan dan banjir.

USTAZAH ASMA'

Iklan

Katanya, hujan sangat lebat berterusan dijangka akan berlaku dan Jabatan Meteorologi Malaysia juga menyatakan negeri-negeri yang terlibat kali ini berada dalam situasi bahaya, buruk serta waspada.

"Marilah kita bermunajat dan berdoa buat saudara kita yang ditimpa musibah banjir.

Iklan

"Ya ALLAH, lindungi saudara-saudara kami yang terlibat dengan musibah banjir, berilah pertolongan-MU ya ALLAH. Jauhilah mereka daripada sebarang bahaya dan mudarat yang berpanjangan.

Menurutnya, dalam keadaan getir dan sukar ini, marilah sama-sama panjatkan doa dan bermunajat memohon rahmat dan pertolongan daripada ALLAH SWT.

Berikut doa-doa yang dikongsikan Ustazah Asma’ untuk diamalkan:

1 – Doa ketika hujan turun

DOA-DOA yang dikongsikan Ustazah Asma'.

"Ya ALLAH, KAU jadikanlah hujan ini sebagai curahan yang bermanfaat.”

2 – Doa untuk alihkan hujan

3 – Doa memohon pertolongan daripada ALLAH SWT

"Wahai Tuhan yang MAHA HIDUP, wahai Tuhan yang berdiri sendiri dan tidak memerlukan segala rahmat-Mu aku meminta pertolongan.”

4 – Doa ketika kesulitan

"Tiada sembahan yang hak selain ALLAH yang MAHA Agung dan MAHA PENYANTUN. Tiada Tuhan selain ALLAH, Tuhan Penguasa Arasy yang agung. Tiada sembahan yang hak selain ALLAH, Tuhan langit dan bumi serta Tuhan Arasy yang mulia.”

5 – Doa mohon banjir tidak berlarutan

"Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah daripada curahan hujanmu.”

Katanya, mudah-mudahan ujian dan musibah ini menjadi salah satu asbab ALLAH SWT menghapuskan dosa-dosa kita yang lalu.

KEADAAN Sungai Kelantan pada petang Khamis.

Beliau kemudian merujuk hadis yang diriwayatkan Abu Sa’id Al-Khudri dan Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Tidaklah seorang Muslim tertimpa suatu penyakit dan keletihan, kekhuatiran dan kesediha. Dan tidak juga gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan ALLAH akan menghapus kesalahan-kesalahannya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

"Semoga ALLAH SWT memberi kekuatan buat pasukan penyelamat dan mangsa yang terkesan,” doanya lagi.