PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan susulan bencana banjir di beberapa negeri.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, solat hajat itu diadakan pada selepas solat Isyak pada Khamis dan selepas solat Jumaat di Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.