Selangor Red Giants tumpas aksi pertama Kejohanan Dunia M6

Iklan
SRG membuka kempen Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang (MLBB) dengan langkah kiri apabila tewas kepada wakil Turki, S2G hari ini. Foto: Stadium Astro

JUARA Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Malaysia (MPL) Musim ke-14 Selangor Red Giants (SRG) membuka kempen Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang (MLBB) dengan langkah kiri apabila tewas kepada wakil Turki, S2G hari ini.

Iklan
Iklan

Pada aksi peringkat Swiss yang menggunakan format Best Of 1 (BO1), SRG diwakili Muhd Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), John Vincent Banal (Innocent), Muhd Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (Yums), Mark Genzon Sojero Rusiana (Kramm) dan Hazziq Danish Mohd Rizwan (Stormie), bermula baik pada awal permainan.

Pasukan SRG juga berjaya mendapatkan dua lord pada pertengahan permainan namun gagal memanfaatkan kelebihan itu sebaiknya.

Iklan

Bagaimanapun disiplin kurang baik ditampilkan wakil Malaysia di lewat permainan menyaksikan S2G berjaya mendapat lord ketiga sekali gus menjadi punca kemenangan mereka apabila menutup perlawanan dengan skor 14 kills berbalas 10 dalam aksi memakan masa 19 minit.

"Perlawanan hari ini mengecewakan. Saya tak rasa kami kalah kerana buat beberapa kesilapan, kami kalah kerana disiplin kami.

Iklan
"Perlawanan ini membuka mata kami dan kami patut muhasabah diri sebelum menghadapi permainan selepas ini," katanya dalam sidang media hari ini.

Sementara itu, jurulatih S2G Ren Paolo Villanueva (Pao) berkata beliau gembira dengan persembahan para pemainnya hari ini.

"Kami terus bersatu, saya tahu asakan serangan akan datang jadi saya beritahu mereka untuk bertenang dan tunggu masa yang sesuai.

"Kami sudah buat kajian dan saya mempunyai pengalaman menjadi jurulatih di Malaysia jadi saya tahu gaya permainan mereka," katanya. - Bernama