Banjir: Ahmad Zahid akan turun Kelantan

Iklan
Ahmad Zahid akan turun ke Kelantan bagi menyertai misi bantuan mangsa banjir. - Foto fail Bernama

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan turun ke Kelantan bagi menyertai misi bantuan mangsa banjir.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, Ahmad Zahid mengesahkan perkara itu dalam perbualannya bersama beliau.

Iklan
Iklan

"Sewaktu misi bantuan saya menerima panggilan telefon daripadanya yang bertanya khabar mengenai situasi semasa banjir. Perbualan kami terhad kerana talian perkhidmatan yang kurang jelas di sekitar sempadan (Malaysia-Thailand).

Mohd Nassuruddin

"Insya-ALLAH, beliau sedia turun ke Kelantan nanti untuk misi bantuan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Iklan

Mohd Nassuruddin turut mengucapkan terima kasih di atas kecaknaan semua pihak terhadap perkara yang menimpa negeri tersebut.

Sebelum ini, banjir di negeri tersebut semakin buruk apabila merebak kepada 10 jajahan dengan jumlah mangsa seramai 39,728 pada Khamis, namun situasi itu tidak memerlukan pengisytiharan darurat.

Iklan

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Ab Pattah Hasbullah berkata, sehingga kini keadaan masih terkawal.

Mohd Nassuruddin menyertai misi bantuan di sempadan Malaysia-Thailand.