Kadar kenaikan cukai taksiran MBI dikurangkan

Iklan
Rumaizi

IPOH - Kenaikan cukai taksiran sembilan peratus yang dicadangkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebelum ini akan diturunkan pada kadar lebih rendah.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, keputusan itu mengambil kira aduan dan bantahan dibuat orang ramai selain dipersetujui dalam mesyuarat khas yang diadakan pada Khamis.

Iklan
Iklan

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan kenaikan kadar baharu cukai tersebut dan memaklumkan perinciannya akan dimaklumkan seawalnya hujung Disember ini.

"Nanti kita umumkan tetapi ada pengurangan. Kita akan turunkan sedikit kadar itu berbanding sembilan peratus yang dicadangkan sebelum ini," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bulan November di sini pada Khamis.

Iklan

Rumaizi berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu telah menerima 18,000 aduan daripada pemilik hartanah yang mengemukakan bantahan setelah ditutup pada 22 November lalu.

Katanya, jumlah itu adalah rendah iaitu sekitar enam peratus sahaja daripada keseluruhan 319,000 pemilik hartanah di kawasan berkenaan.

Iklan

"Kalau ikutkan bantahan yang dikemukakan ini, sangat rendah manakala 94 peratus lagi tidak membantah secara rasmi, hanya di Facebook.

"Walaupun hanya segelintir sahaja yang membuat bantahan, kita tetap buat semakan dan pertimbangan," katanya.

Ahad lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta semua PBT tidak menaikkan kadar cukai taksiran secara mendadak.

Beliau mahu, proses penilaian semula cukai taksiran mestilah mementingkan kebajikan rakyat.

Sebelum ini, MBI mengumumkan kenaikan kadar cukai taksir yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2025 berikutan perubahan nilai tahunan hartanah setelah 42 tahun tidak dilakukan.