KAMPALA - Sembilan mayat ditemukan dan lebih banyak kematian dikhuatiri berlaku susulan tanah runtuh di daerah Bulambuli, timur Uganda, menurut seorang pegawai pada Khamis.
Ramazan Twalla, Penolong Ketua Pegawai Pentadbiran bagi daerah Bulambuli, memberitahu Xinhua melalui telefon, tanah runtuh itu melanda tiga daerah kecil pada malam Rabu, menimbus kira-kira 40 rumah.
Iklan
Iklan
"Saya boleh mengesahkan sembilan mayat ditemukan setakat ini. Penduduk masih menggali tanah dan kami menjangka menemukan lebih banyak mayat memandangkan banyak rumah tertimbus," kata Twalla.
"Kami berharap kerajaan akan menghantar pasukan mencari dan menyelamat rasmi serta bantuan kemanusiaan dalam bentuk makanan dan tempat perlindungan sementara,” tambahnya.
Tanah runtuh berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama beberapa hari di kawasan pergunungan itu, kata Twalla. - Bernama/Xinhua