13 murid alami keracunan makanan di sekolah

Iklan
Seramai 13 murid Sekolah Rendah Agama Bersepadu Muar mengalami sakit perut dipercayai akibat keracunan makanan, pada Rabu.

ISKANDAR PUTERI – Seramai 13 murid Sekolah Rendah Agama Bersepadu Muar mengalami sakit perut dipercayai akibat keracunan makanan, pada Rabu.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, mereka mengalami keracunan makanan selepas makan makanan yang disediakan di kantin sekolah terbabit.

Iklan
Iklan

"Mereka yang mengalami keracunan makanan itu dari darjah satu sampai darjah enam dan telah menerima rawatan di klinik dan hospital kerajaan termasuk satu dua orang di hospital swasta.

"Mereka tidak mengalami gejala yang teruk, tiada yang dimasukkan ke dalam wad. Masing-masing pulang selepas mendapatkan rawatan,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini, pada Khamis.

Menurut beliau, pegawai kesihatan daerah sudah melakukan pemeriksaan di kantin sekolah berkenaan pagi tadi dan sampel makanan sudah diambil serta dihantar ke makmal untuk ujian.

Iklan

Jelasnya, keputusan sampel makanan tersebut akan diketahui dalam masa seminggu.

"Pejabat Kesihatan Daerah sudah mengarahkan kantin tersebut ditutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan selama dua minggu.

"Selepas kerja-kerja pembersihan dilakukan, pegawai kesihatan daerah akan membuat siasatan dan sekiranya berpuas hati membenarkan kantin terbabit beroperasi lebih awal," katanya.