Hukuman paling maksima kepada pelaku rasuah

Iklan
Masih terdapat anggota pihak berkuasa yang terlibat rasuah. Gambar hiasan. Gambar kecil: Zairudin Hashim

SHAH ALAM - Kerajaan perlu meningkatkan hukuman sehingga peringkat paling maksima ke atas pesalah rasuah bagi menerbitkan rasa gerun kepada individu yang mahu melakukan kesalahan itu.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Rasuah Busters Selangor, Zairudin Hashim berkata, ini kerana masih terdapat anggota pihak berkuasa yang terlibat rasuah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, masalah sikap, tabiat dan keinginan untuk mendapatkan duit dengan cara mudah serta segera menjadi penyebab mereka tidak mampu berhenti daripada melakukan kesalahan tersebut.

"Dalam hal sikap, menuntut kesediaan kita untuk berani berubah dan teguh jiwa daripada rambang mata dengan tawaran serta sogokan rasuah.

Iklan

"Dari segi penguatkuasaan undang-undang, perlu lebih diperketatkan khususnya aspek pemantauan berkala dan kempen kesedaran juga literasi perundangan kepada masyarakat terbanyak.

"Malaysia mampu memperbaiki pencapaian Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jika kita semua tanpa mengira latar belakang bersatu melaporkan sebarang aktiviti salahguna kuasa dan rasuah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Sebelum ini, Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM80,000 ke atas seorang anggota polis berpangkat koperal yang didapati bersalah atas pertuduhan menerima rasuah RM16,000 dua tahun lepas.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud juga memerintahkan Azrol Khalil, 37, dipenjara setahun jika gagal membayar denda.

Ketika membaca penghakimannya, Awang Kerisnada berkata, mahkamah mendapati Azrol tidak amanah apabila memperoleh wang secara rasuah dan oleh itu, dia tidak layak memakai uniform pasukan keselamatan.

Tambah Zairudin, pihaknya juga mencadangkan agar pemerkasaan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dapat dilaksanakan.

Jelasnya, ia penting untuk membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika pada peringkat agensi atau jabatan.

"Tanpa adanya kesedaran bersama dan keberanian bertindak, mustahil kita mampu membendung gejala rasuah.

"Selain itu, pendidikan literasi berkenaan rasuah perlu dimulakan sejak usia tunas supaya masyarakat lebih memahami