Peguam didakwa serah perintah perlindungan palsu kepada anak guam

Iklan
Seorang peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menyerahkan dokumen perintah perlindungan palsu kepada anak guamnya, tahun lepas. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Seorang peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menyerahkan dokumen perintah perlindungan palsu kepada anak guamnya, tahun lepas.

Pengakuan Adly Zulfadhly Zulkefly, 29, itu direkodkan di hadapan Majistret MS Arunjothy.

Iklan
Iklan

Tertuduh didakwa menyerahkan perintah bertarikh 3 Ogos 2023 yang diketahuinya palsu kepada seorang ibu tunggal berusia 36 tahun di pekarangan Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, sekitar Ogos tahun lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Iklan

Pada prosiding itu, peguam Azlina Abdul Aziz yang mewakili tertuduh memohon jaminan RM10,000 ditawarkan pihak pendakwaan dikurangkan, kerana anak guamnya telah memberi kerjasama baik sepanjang siasatan.

Seorang peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menyerahkan dokumen perintah perlindungan palsu kepada anak guamnya, tahun lepas. Foto Bernama

Adly Zulfadhly juga membuat rayuan sendiri, memohon jaminan diberikan kurang daripada RM5,000 kerana keluarganya hanya mampu membayar jumlah itu, selain mengambil kira dirinya seorang peguam.

Iklan

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Vivi’ Asnita Zaina’ Larifin membantah jaminan rendah diberikan kerana tertuduh bukan lagi seorang peguam.

Tertuduh bagaimanapun kekal mengatakan dirinya masih beramal sebagai peguam.

Mahkamah membenarkan jaminan RM3,500 dengan seorang penjamin kepada tertuduh dan menetapkan 5 Februari depan untuk sebutan semula kes. - Bernama