PM sifatkan pemimpin guna sentimen perkauman sebagai golongan dangkal

Iklan
Anwar berucap meluncurkan Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Khamis. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyelar sikap segelintir pemimpin yang suka memainkan sentimen perkauman dan agama untuk menarik perhatian umum serta menyifatkan mereka sebagai golongan dangkal dan bankrap idea.

Iklan
Iklan

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, golongan ini turut mencerminkan sikap mereka yang berfikiran sempit dan berniat untuk menyemai kebencian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

"Suara-suara tempang dan merosakkan bukan kerana kurangnya ilmu dan idea tetapi kerana ketandusan prinsip akhlak serta dasar perjuangan yang luhur dan mulia.

Iklan

"Pemahaman sempit ini paling mudah... kalau dalam kalangan orang Melayu, mereka akan mudah tercabar contohnya kalau ada satu dua poster dalam Bahasa Cina. Dalam kalangan Orang Cina... rakyat Cina dinafikan hak dan tercabar,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Festival Idea Putrajaya di sini.

Justeru itu, Anwar berkata, menjadi tugas anak muda untuk mendapatkan pencerahan secara kritis, kebenaran sesuatu kenyataan, mendengar daripada semua pihak dan mencari jalan penyelesaian terbaik.

Iklan

"Kadang-Kadang, pidato-pidato pimpinan politik negara kita tidak ada hujah bicara tentang dasar, tidak ada kupasan... cuma penuh dengan kebencian,” katanya sambil menambah manusia kini semakin hilang nilai dan harga rasa kasih sayang.

Menerusi ucapan yang penuh bersemangat itu, Perdana Menteri berkata, perkara itu perlu diperbaiki dengan kasih sayang kerana negara tidak seharusnya mempunyai orang yang lemah, rosak, rasuah atau melakukan kecurangan.

Beliau turut mengingatkan bahawa tindakan menyebarkan sentimen perkauman mencerminkan sikap berfikiran sempit dan berniat jahat untuk menyemai kebencian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Dalam Islam, dakwah bermaksud membetulkan dan memperbaiki dengan kasih sayang... kita seru dengan semangat kasih sayang kerana kita mahu elak caci dan fitnah.

"Anak-anak yang dikasihi sekalian, kita mesti berbicara dengan baik kalau mahu negara ini maju. Dengan pencerahan, dengan ‘lazatul ma’rifah’ (kelazatan ilmu mengenali) kita mampu membawa kebaikan kepada negara,” katanya. - Bernama